Tuesday 3 July 2012

PEMBUKA BICARA: MENGENAL POLITIK.............

Aristotle (Pemikir Politik Purbakala)

Pembuka bicara blog ini aku dengan rendah hati ingin berkongsi serba sedikit berkenaan erti politik dalam medium sains politik. Kita seringkali berbincang, mengetengahkan idea dan membuat keputusan atas dasar namanya politik tapi asas politik yang sebenar masih kabur di pemikiran kita.

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian,

Perkataan politik telah wujud sejak permulaan hidup manusia lagi yakni kira-kira 3500 tahun lampau.Aktiviti-aktiviti manusia di Eupharates, Tigris, Ganges, Hwang Ho, Indus, Nil dan Yang Tze Kiang memerlukan keputusan, penyusunan kegiatan,pengarahan yang betul dan penyelengaraan yang baik maka tercetus aktiviti politik secara tidak langsung.

Menurut Aristotle, manusia mempunyai sifat semulajadi seperti ketamakan, suka berbalah dan mementingkan diri (benarlah kata beliau, sehingga kini di negara bertuah ini pun ramai golongan manusia sebegini menetap dan melata). Maka sebuah organisasi terpaksa ditubuhkan untuk mengawal keadaan supaya sifat-sifat ini tidak mengancam keharmonian dan keselamatan manusia.(sebagaimana yang aku rasakan kerajaan masa kini cuba laksanakan untuk kawal keharmonian dan keselamatan rakyat walaupun ada beberapa parasit di dalam parti kerajaan memerintah dan parti pembangkang yang aku rasakan merupakan golongan manusia yang dikatakan oleh Aristotle; perlu dinyah golongan ini!!!)

Dengan kata lain, politik merupakan satu cara untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti manusia (sepertimana DSAI mengendalikan aktiviti penyokongnya sehinggakan mampu untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 dan DSN yang mampu mengumpulkan himpunan 100 000 penyokongnya di Bukit Jalil baru-baru ini).

Dalam kehidupan seharian, politik digunakan untuk menandakan semua proses pembentukan keputusan yang melibatkan orang ramai malangnya politik Malaysia dilihat gemar melebihkan keputusan kumpulan minoriti yang kuat "melalak" dan lantang "berkokok".

Ayam Berkokok

Anjing Menyalak


AYAM BERKOKOK, ANJING MENYALAK...MANA SATU PILIHAN ANDA???

No comments:

Post a Comment