Tuesday 3 July 2012

GEMPOR!!! CORAT CORET PKR NEGERI SEMBILAN...

GEMPOR!!!MAKLUMAT TERKINI BARU MASUK KE TELINGA..TAK DAPAT DIPANDANG MELLAUI MATTA SEPPET...

Bakal MB PR
Ganas dan Agresif

Kredit:myhomesoil
Bakal MB PR

 Merujuk http://myhomesoil.blogspot.com/2012/06/gempar-protege-anwar-bakal-mb-negeri.html, kita diberitakan akan ada satu ura-ura akan naik saudara Rafaie Abd Malek sebagai bakal MB NSDK jika sekiranya PR dapat memenangi NSDK.

Namun, mattaseppet ada mendengar ura-ura lain yang mengatakan akan ada saingan antara dua pemimpin PKR untuk dijadikan calon MB yakni saudara Rafaie dan juga Ahli Parlimen Telok Kemang; Kamarul Baharin.

Dikhabarkan juga dari maklumat orang dalam PKR bahawa kedua-dua pemimpin ini telah mewujudkan team-team mereka dan saling ingin mencantas...Sinopsis penceritaan corat coret impian PKR NSDK adalah seperti di bawah:

1. Terdapat dua team yakni team Kamarul Baharin dan Team Rafaie Abd Malek.. Kamarul merasakan beliau layak untuk dijadikan MB selaku orang paling atas dalam PKR NSDK manakala keinginan bergelojak Rafaie sehinggakan beliau sanggup memberikan rumah semi-d di Taman Bukti dijadikan pusat aktiviti PKR Seremban dan sebuah kereta kancil untuk parti terutama cabang Seremban.




2. Hasil dari kekalutan dua pemimpin PKR ini, maka diklasifikasikan Rafaie akan dipancung oleh Kamarul selepas PRU kelak memandangkan keadaan parti tidak boleh diretakkan sebelum PRU 13. Memandangkan Kamarul lebih rapat dengan DSAI, maka aktiviti cah keting ini tiada masalah baginya untuk menobatkan beliau sebagai MB NSDK yang baru sekiranya PR memenangi N9.

3. Maka si agresif Che Gu Bard dikesan berpihak kepada Rafaie, begitu juga dengan beberapa pimpinan cabang seperti di Kuala Pilah yang berpihak kepada Rafaie..Tengku Harmy pun sekonyong-konyong berpihak kepada saudara Rafaie.

4. Apa yang membuat mereka berpihak kepada Rafaie??trend melihat team Rafaie merupakan pimpinan PKR yang agresif, gemar memaki hamun dalam ceramah dan sangat teruja untuk mendapatkan kuasa.

5. Perkara ini tidak digemari oleh pimpinan PKR pusat yang ditunjangi DSAI. Pendekatan baru beliau ialah dengan tidak memaki hamun ketika berceramah samada kepada anggota keselamatan mahupun ahli UMNO. 
Pendekatan Baru  DSAI
6. Pendekatan baru ini bertujuan untuk memikat undi dari anggota keselamatan dan ahli UMNO. Makanya, team dari Rafaie terutama Che Gu Bard dan Harmy sangat gemar memaki dengan perkataan anjing dan sebagainya kepada anggota keselamatan dan ahli UMNO. Pendekatan sedemikian dilihat bakal merosakkan peluang PKR dan PR mendapat undi dari golongan ini.

7. Oleh itu, PKR kini akan mencantas sesiapa sahaja pimpinannya yang membuat tindakan membelakangi taktikal PKR pusat. Disebabkan itu kita lihat Che Gu Bard semakin kurang menonjol di negerinya sendiri dan dimusuhi sendiri oleh AMK NSDK.

8. Di cabang pun berlaku team-team yang semakin retak ini...Matta Seppet akan membongkar pada post akan datang..tunggu........keretakan ini hingga membawa kepada sabotaj dalam PKR itu sendiri.

KENAPA AGAKNYA CHE GU BARD TIDAK HADIR DI CERAMAH PANCHOR JAYA EH???PENGERUSI MENGATAKAN BELIAU GAGAL DIHUBUNGI DAN TIDAK KEMBALI MENGHUBUNGI URUSETIA CERAMAH TERSEBUT??MATTA SEPPET MELIHAT IANYA SEAKAN SABOTAJ DALAMAN PARTI TERSEBUT KEPADA PR SECARA AMNYA.....................


LAGI PEMBONGKARAN ISU KERETAKAN PKR N9...TUNGGU YA!!!

PEMBUKA BICARA: MENGENAL POLITIK.............

Aristotle (Pemikir Politik Purbakala)

Pembuka bicara blog ini aku dengan rendah hati ingin berkongsi serba sedikit berkenaan erti politik dalam medium sains politik. Kita seringkali berbincang, mengetengahkan idea dan membuat keputusan atas dasar namanya politik tapi asas politik yang sebenar masih kabur di pemikiran kita.

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian,

Perkataan politik telah wujud sejak permulaan hidup manusia lagi yakni kira-kira 3500 tahun lampau.Aktiviti-aktiviti manusia di Eupharates, Tigris, Ganges, Hwang Ho, Indus, Nil dan Yang Tze Kiang memerlukan keputusan, penyusunan kegiatan,pengarahan yang betul dan penyelengaraan yang baik maka tercetus aktiviti politik secara tidak langsung.

Menurut Aristotle, manusia mempunyai sifat semulajadi seperti ketamakan, suka berbalah dan mementingkan diri (benarlah kata beliau, sehingga kini di negara bertuah ini pun ramai golongan manusia sebegini menetap dan melata). Maka sebuah organisasi terpaksa ditubuhkan untuk mengawal keadaan supaya sifat-sifat ini tidak mengancam keharmonian dan keselamatan manusia.(sebagaimana yang aku rasakan kerajaan masa kini cuba laksanakan untuk kawal keharmonian dan keselamatan rakyat walaupun ada beberapa parasit di dalam parti kerajaan memerintah dan parti pembangkang yang aku rasakan merupakan golongan manusia yang dikatakan oleh Aristotle; perlu dinyah golongan ini!!!)

Dengan kata lain, politik merupakan satu cara untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti manusia (sepertimana DSAI mengendalikan aktiviti penyokongnya sehinggakan mampu untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 dan DSN yang mampu mengumpulkan himpunan 100 000 penyokongnya di Bukit Jalil baru-baru ini).

Dalam kehidupan seharian, politik digunakan untuk menandakan semua proses pembentukan keputusan yang melibatkan orang ramai malangnya politik Malaysia dilihat gemar melebihkan keputusan kumpulan minoriti yang kuat "melalak" dan lantang "berkokok".

Ayam Berkokok

Anjing Menyalak


AYAM BERKOKOK, ANJING MENYALAK...MANA SATU PILIHAN ANDA???